Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Kedudukan Kewangan Masjid

Ruang ini memaparkan kedudukan kewangan terkini masjid.


Berikut adalah Penyata Kewangan Semasa Masjid Lama Permatang Badak (MLPB) untuk makluman qariah  MLPB dan juga para dermawan budiman yang sudi menderma atau menyumbang dengan ikhlas kepada Tabung MLPB. 

Sesungguhnya segala sumbangan tuan/puan yang budiman akan digunakan oleh pihak AJK MLPB bagi menganjurkan berbagai aktiviti ilmu seperti Kuliah Maghrib, Subuh, Bulanan, bayaran saguhati kepada pegawai2 masjid serta membayar kos operasi masjid secara keseluruhannya.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati budi baik tuan/puan yang sudi menghulurkan sumbangan kepada MLPB.


Wassalam.

Penyata Kewangan Bulan Julai 2013





Penyata Kewangan Bulan Jun 2013





Penyata Kewangan Bulan May 2013







Penyata Kewangan Bulan April 2013


Penyata Kewangan Bulan Mac 2013



Penyata Kewangan Bulan February 2013



Penyata Kewangan Bulan January 2013



Penyata Kewangan Tahun 2012

Carta Graph Kewangan Masjid Tahun 2012






PENYATA KEWANGAN BULANAN TAHUN 2012
MASJID LAMA PERMATANG BADAK

 
 








Penyata Kewangan Semasa Bagi Bulan April 2012


Penyata Kewangan Semasa Bagi Bulan Mac 2012


<><> </> <><> </> <><> </>
  
ANALISA :- Penyata Kewangan Semasa - Februari 2012


Daripada Penyata diatas didapati bahawa :-

1. Jumlah kutipan mingguan dari sumbangan Hari Jumaat SAHAJA sebanyak RM3,775.00 adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan sekitar RM5,000.00.
2. Jumlah Wang Masuk sebanyak RM6,864.15 adalah sejumlah besarnya diperolehi dari Baki Tunai Bulanan Lepas yang dibawa kehadapan iaitu sebanyak RM2,234.30. Jumlah Baki ini akan berkurangan dari bulan kebulan sekiranya wang sumbangan tambahan selain dari Sumbangan Jumaat tidak diperolehi.
3. Adalah tidak bijak untuk mengeluarkan simpanan dibank bagi menampung perbelanjaan semasa.

Oleh yang demikian, pihak MLPB masih terus mengharap tuan/puan yang budiman dan dermawan untuk terus menyumbang kepada Tabung MLPB.
Terima Kasih.
Sekian Ulasan dari Bendahari Masjid untuk Penyata Bulan Februari 2012.
Wassalam
 
  

Analisa Penyata Kewangan Bulan Januari 2012

Daripada Penyata diatas didapati bahawa :-

1.  Jumlah kutipan mingguan dari sumbangan Hari Jumaat SAHAJA sebanyak RM3,746.00 adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan sekitar RM7,000.00. 

2.  Jumlah Wang Masuk sebanyak RM9,538.90 adalah sejumlah besarnya diperolehi dari Baki Tunai Bulanan Lepas yang dibawa kehadapan.  Jumlah Baki ini akan berkurangan dari bulan kebulan sekiranya wang sumbangan tambahan selain dari Sumbangan Jumaat tidak diperolehi.

3.  Adalah tidak bijak untuk mengeluarkan simpanan dibank bagi menampung perbelanjaan semasa.



Oleh yang demikian, pihak MLPB masih terus mengharap tuan/puan yang budiman dan dermawan untuk terus menyumbang kepada Tabung MLPB.

Terima Kasih.

Sekian Ulasan dari Bendahari Masjid untuk Penyata Bulan Januari 2012.

Wassalam
Berikut dilampirkan surat rayuan dari Pengerusi Masjid.


Ruj.Kami: MLPB/011/2011/DR(91)

Tarikh    : 15 September 2011 / 17 Syawwal 1432H


Kepada:


Pihak yang Berkenaan


Tuan ,



RAYUAN DERMA BAGI AKTIVITI MASJID LAMA PERMATANG BADAK  (MLPB) SEPANJANG TAHUN 2011-2012



Dengan segala hormat merujuk perkara yang tersebut di atas dan sukacita dimaklumkan bahawa pihak pentadbiran Masjid Lama Permatang Badak akan menjalankan berbagai aktiviti sepanjang tahun 2011-2012.



2.     Bagi menampung kos-kos pengurusan dan aktiviti-aktiviti tahunan  kami MLPB kami amatlah berbesar hati merayu sumbangan derma dari pihak YH Dato’/Tuan/Puan. Anggaran kos keseluruhan kos aktiviti masjid sepanjang tahun ini ialah  RM100,000.



3.     Segala sumbangan bolehlah dikemukakan kepada pentadbiran masjid ini dalam bentuk wang tunai atau cek atas nama “Masjid Lama Permatang Badak” di akaun Bank Islam Malaysia Berhad No: Akaun 06019010064989 atau Bank Muamalat Malaysia Berhad No: Akaun 06010004369717 atau boleh terus berhubung dengan AJK Masjid melalui nombor telefon bimbit yang tertera di sebelah kiri surat.



4.     Segala kerjasama, keikhlasan dan sumbangan dari YB Dato’/YH Dato’/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai .



 “Dan apa yang kalian sumbangkan daripada sesuatu maka Allah Taala pasti akan membalasnya” (Surah al-Saba’)



Yang Benar,



(MOHAMAD HILMI BIN MAT SAID)
Pengerusi,

Masjid Lama Permatang Badak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda adalah dialu-alukan